Tugas untuk "unlock" usb modem jenama Huawei sebenarnya adalah tidaklah sukar seperti yang disangka. Kebanyakkan dari pengguna akan ke "service centre" pembekal perkhidmatan internet masing-masing untuk meng"unlock" usb 3g modem jenama Huawei mereka supaya dapat digunakan semula bersama kad sim jenama lain. Namun, perkhidmatan tersebut dikenakan kos perkhidmatan oleh pihak pembekal servis internet masing-masing. Pada posting kali ini, saya akan berkongsi teknik meng"unlock" usb modem jenama Huawei ini dengan beberapa langkah.
Palmen Technology
Knowing is not enough, we must apply. Willing is not enough, we must do
Tuesday, 10 December 2013
ZAMAN BATU SATU PEMBOHONGAN SEJARAH
Sebuah ebuku karya Harun Yahya.

Pernah kita terfikir bahawa sejak 700,000 tahun lepas, manusia telah berlayar membelah lautan samudera dengan kapal laut yang telah dibina sendiri oleh mereka? Dan apakah kita mendengar bahawa manusia yang dipanggil sebagai orang primitif mempunyai bakat pelbagai kemahiran seni seperti mana yang dimiliki seniman/artis zaman moden?
![]() |
manusia neanderthal |
Saturday, 7 December 2013
Bagaimana Mengesan Kembali Laptop Anda Yang Hilang atau Dicuri

Pernahkah anda kehilangan peranti pintar(laptop, tablet, handphone)? Sama ada hilang atau dicuri? Pastinya ketika itu, pelbagai perasaan menghantui diri anda. Risau, tertekan dan berbagai-bagai lagi. Dengan pelbagai maklumat penting dan peribadi yang berada dalam peranti pintar tersebut membuatkan anda lebih pening memikirkannya Namun, jangan lah risau, seiring dengan perkembangan masa dan teknologi, terdapat aplikasi yang mampu berfungsi sebagai penjejak peranti pintar anda, walau dimana sahaja ia dibawa pergi.
Jom
kita berkenalan satu perisian yang mampu menjejak peranti pintar anda yang hilang atau dicuri itu. Prey. Prey adalah satu
perisian terbuka @open source yang berfungsi untuk menjejak kembali
peranti yang hilang/dicuri dengan menjejak lokasinya berada. Setelah
memasang/install perisian tersebut, ia beroperasi secara senyap dan
akan menunggu untuk menerima isyarat dari internet untuk menjejak
lokasinya yang dihantar oleh anda. Apabila peranti anda hilang anda
boleh menjejaknya dengan "log in" di laman web Prey walau dimana pun
anda berada dan ia akan menghantar isyarat kepada peranti pintar anda yang hilang itu.
Setalah Prey menerima isyarat dari anda , ia akan memberikan keizinan
kepada anda untuk menggunakan peranti anda secara "remote".
Friday, 6 December 2013
Perkhidmatan Storan Awam Percuma Terbaik (100GB data simpanan)
Populariti sistem pengkomputeran awan @ cloud storage semakin hari semakin mendapat tempat di hati pengguna ketika ini. Sistem pengkomputeran awan @ cloud strorage adalah satu contoh model jaringan yang menyimpan data-data pengguna secara maya dimana ia di host(dikendalikan) oleh pihak penyedia perkhidmatan.

Subscribe to:
Posts (Atom)