Tuesday, 10 December 2013

Tutorial/Teknik "Unlock" USB Modem Huawei secara PERCUMA



Tugas untuk "unlock"  usb modem jenama Huawei sebenarnya adalah tidaklah sukar seperti yang disangka.  Kebanyakkan dari pengguna akan ke "service centre" pembekal perkhidmatan internet masing-masing untuk meng"unlock" usb 3g modem jenama Huawei mereka supaya dapat digunakan semula bersama kad sim jenama lain.  Namun, perkhidmatan tersebut dikenakan kos perkhidmatan oleh pihak pembekal servis internet masing-masing.  Pada posting kali ini, saya akan berkongsi teknik meng"unlock" usb modem jenama Huawei  ini dengan beberapa langkah.



Baiklah, secara asasnya, untuk "unlock" mana-mana usb modem Huawei, kita memerlukan kata kunci/"unlock code" untuk membukanya.  Prinsipnya seperti, kalau hendak membuka apapun benda yang berkunci(pintu rumah, pintu kereta,peti besi,mangga dsb) kita memerlukan kunci untuk membukanya.  Sama juga prinsipnya dengan  usb modem ini. Terdapat 3 kunci untuk "unlock" kod nya. iaitu;

1.  Unlock Key Generator
2. Universal MasterCode
3. Huawei Unlocker







 1.  Online Unlock Key Generator

Pada laman web Online Unlock Key Generator ini, untuk mendapatkan "unlock code"  pada usb modem anda. (Klik disini untuk ke laman web)


 
 2. Isi nombor imei usb modem anda pada kolum yang disediakan, kemudian klik butang CALCULATOR.  
~#no. imei boleh dilihat dibelakang "casing" modem


 
3. Jika berjaya, ia akan memaparkan "unlock code" dan "flash code"  modem anda.  "unlock code" dan "flash code" masing-masing mempunyai 8 digit.



4. Tukar kad sim lama anda dengan mana-mana kad sim baru yang akan anda gunakan pada  modem.
 
5.Masukkan usb modem anda pada usb port pc/laptop, kemudian ia akan memaparkan imej seperti ini. Isikan "unlock code", klik OK

Modem Huawei yang support
E1550, E155, E156, E156G, E160, E160G, E161, E166, E169, E169G, E170, E172, E176, E180, E182E, E196, E226, E270, E271, E272, E510, E612, E618, E620, E630, E630+, E660, E660A, E800, E870, E880, EG162, EG162G, EG602, EG602G

Seperti mana juga Online Unlock Key Generator, Universal MasterCode juga berkepuyaan untuk mencari "unlock code" bagi modem-modem Huawei yang support.  Lihat pada gambar,"unlock code"  dijanakan sama seperti Online Unlock Key Generator.  Keistimewaanya, tiada had/limit bilangan "unlock code". Selagi anda menjalankan operasi perisian ini dalam laptop/pc anda, anda boleh menjana/generate "unlock code"  untuk pelbagai modem huawei yang di "support" oleh perisian ini.

Modem Huawei yang "support"
E156 E155, E1550 E1552, E156G E160, E160G E161 E166, E169 E169G, E170, E172, E176 E1762 E180 E182E E196 E226 E270, E800, E870 E880 EG162 E880 EG162 EG162G EG602 EG602G, E271, E272, E510 E612 E618 E630 ,E620 E630+ E660 E660a

Klik disini untuk muat turun/download Universal MasterCode(204KB)  




Selain laman web Online Unlock Key    Generator & perisian Universal  MasterCode, satu lagi perisian iaitu Huawei Unlocker boleh digunakan untuk menjana/generate "unlock code"  Huawei usb modem.  

Cara menggunakannya;
1. Isikan nombor imei modem anda, dan klik "Unlock"
2. Setelah "unlock code" dipaparkan
3. Tukar kad sim lama anda dengan mana-mana kad sim baru yang akan anda gunakan pada modem.
3.Masukkan usb  modem anda pada usb port pc/laptop, kemudian ia akan memaparkan imej seperti ini. Isikan nombor "unlock code" yang telah dijana/generate tadi, klik OK

 

(Klik disini untuk muat turun/download Huawei Unlocker (196.2KB)
~Modem Huawei E1762 telah digunakan untuk proses pengujian ini, dan ia berjaya.



*Jika software modem anda tidak memaparkan permintaan untuk nombor "unlock code", anda boleh menggunakan salah satu "code writer" di bawah.
   
Download Huawei Modem Code Writer(417.21/KB)  
P.s: Admin Palmen Technology tidak akan bertanggung jawab jika terjadi sesuatu diluar dugaan yang membawa kepada kerosakkan modem anda.  Setiap tindakan "unlock" anda adalah dengan tanggungjawab sendiri.




1 comment:

  1. Terima kasih kerana memberi maklumat.
    Salah seorang kawan saya cuba cara ini rangkaian Huawei modem unlocking.But dia mendapat gagal dan kemungkinan terbuka kunci maksimum beliau juga finished.So beliau mencadangkan jangan cuba cara ini unlocking.Better cuba mana-mana satu daripada membuka kunci yang talian service.So i dibuka modem saya dengan bantuan TheUnlockSpot.com saya tidak pernah mempunyai apa-apa masalah.

    ReplyDelete