Tuesday, 10 December 2013

ZAMAN BATU SATU PEMBOHONGAN SEJARAH


Sebuah ebuku karya Harun Yahya.

Pernah kita terfikir bahawa sejak 700,000 tahun lepas, manusia telah berlayar membelah lautan samudera dengan kapal laut yang telah dibina sendiri oleh mereka?  Dan apakah kita mendengar bahawa manusia yang dipanggil sebagai orang primitif mempunyai bakat pelbagai kemahiran seni seperti mana yang  dimiliki seniman/artis zaman moden? 

manusia neanderthal
Kita juga disogokkan dengan kenyataan bahawa manusia Neanderthal yang telah hidup sejak 80,000 tahun dahulu serta diceritakan oleh pihak evolutionist sebagai 'manusia beruk', mempunyai keupayaan fizikal & mental seperti kita hari ini yang mana mampu membuat/bermain alat muzik, menjahit pakaian sendiri dan aksesori, berjalan di atas muka bumi ini dengan memakai kasut?  Hampir majoriti sebahagian besar daripada kita tidak pernah mendengar fakta-fakta ini. Sebaliknya, masyarakat dunia diberi maklumat atau pernyataan salah bahawa manusia tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, berdiri dalam keadaan bongkok, kurang kemahiran untuk berkomunikasi(berbahasa) dan hanya mampu mengeluarkan bunyi dengusan yang pelik. Ini adalah kerana, dalam perjalanan masa sekitar 150 tahun kebelakangan ini, majoriti dari masyarakat dunia telah disogokkan dengan keseluruhan penipuan ini.



Matlamat mereka(para evolutionist) ini adalah untuk menanamkan perjuangan falsafah meterialis ke dalam dada manusia yang menafikan kewujudan ALLAH SWT. Menurut pemikiran yang menyimpang sesat ini, alam semesta dan kebendaan adalah berkeadaan abadi.  Dengan bahasa yang lebih mudah, ia tiada permulaan dan tiada pengakhiran dan juga tiada Pencipta.  Asas yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut/sesat ini adalah diberi nama sebagai teori evolusi.  Dek kerana mereka berfahaman bahawa alam semesta tiada Pencipta, maka para ahli evolutionist harus menjelaskan tentang bagaimana setiap kehidupan dan sejumlah makhluk lain wujud di bumi ini.  Untuk itu, mereka menggunakan satu teori/falsafah yang dinamakan sebagai teori evolusi. 

Ciri-ciri teori ini adalah;
1. Semua kejadian & kehidupan di alam ini berlaku secara kebetulan.
2. Sebahagian benda tidak bernyawa pada zaman purba bergabung secara tak sengaja lalu membentuk sel hidup pertama.
3. Setelah itu, lahirnya organisma hasil daripada kebetulan selama jutaan tahun dan hasilnya manusia wujud pada rantaian terakhir teori evolusi ini.

pengasas teori evolusi: 
Charles Darwin
Para penganut ideologi evolutionist, yang tiada langsung bukti-bukti serta fakta yang konkrit membuat dakwaan bahawa asal usul manusia adalah seperti berikut; Sel tunggal→organisma berbilang sel→beruk→manusia.  Mereka ini, bukan setakat "menulis" semula sejarah permulaan manusia, bahkan merekayasa semula zaman era perkembangan kehidupan yang berpaksikan  khayalan 100%  seperti zaman orang batu→zaman batu semata-mata untuk menjelaskan cara hidup orang primitif. Bagi mengukuhkan lagi dakwaan mereka tentang bahawa manusia dan beruk berasal dari moyang yang sama, para evolutionist ini telah memulakan pelbagai "ekspedisi" palsu mereka dengan mengkaji  setiap  batu,  atau  mata  panah,  atau  mangkuk  yang  ditemui  semasa  penggalian  di tapak arkeologi.  Walau bagaimanapun, ternyata usaha mereka itu sia-sia belaka, ternyata gambaran khayalan mereka mengenai "manusia beruk" yang tinggal dalam gua yang gelap yang berpakaian berbulu, tidak mampu bercakap dengan baik, hanyalah khayalan/rekaan semata-mata.  Benar dan pasti, orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan zaman batu.  Semuanya adalah rekayasa/pembohongan/rekaan para evolutionist dengan bantuan pihak media.

Seiring dengan berjalannya detik dan masa, dengan perkembangan sains & teknologi yang kian berkembang hari demi hari, tahun demi tahun, terutamanya dalam bidang ilmu  biologi,  paleontologimikrobiologi,  dan  genetik. Sedikit demi sedikit, segala dakwaan para evolutionist yang menyatakan bahawa masing-masing spesis berubah menjadi  'versi terbaru' telah dibuktikan salah.  Yang benarnya, manusia tidak berkembang/berevolusi daripada makhluk beruk. Manusia adalah manusia sejak dari kewujudan mereka lagi.  Manusia adalah makhluk yang paling baik yang diciptakan oleh ALLAH SWT sebagaimana FirmanNya dalam Al-Qur'an:

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
Surah At-tin, ayat 4

Pengarang buku; Harun Yahya


Buku yang dikarang oleh saudara Harun Yahya ini, mendedahkan bukti-bukti saintifik lagi nyata bahawa 'sejarah evolusi manusia' itu hanyalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah pembohongan dan rekaan semata-mata, serta antara isi kandungan buku ini juga, disertakan tajuk bagaimana hakikat penciptaan telah disokong oleh penemuan saintifik terkini.  Manusia yang wujud di muka bumi ini, bukanlah melalui evolusi, tetapi penciptaan terbaik oleh ALLAH SWT yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.








Isi kandungan buku ZAMAN BATU: SATU PEMBOHONGAN SEJARAH, 

i-Prakata
 

Bab Satu - Pengenalan
 

Bad Dua - Peradaban Mundur dan Berkembang Serentak
 

Bab Tiga - Tinggalan Masyarakat Purba yang Mengagumkan
 

Bab Empat - Mesir Purba:Tamadun Gemilang dalam Seni dan Sains
 

Bab Lima - Tamadun Sumeria
 

Bab Enam - Masyarakat Maya: Satu Lagi Tamadun Yang Membatalkan Idea Evolusi Sejarah
 

Bab Tujuh - Agama Yang Hak Telah Wujud Sejak Permulaan Sejarah
 

KESIMPULAN






 



1 comment: