Friday, 6 December 2013

Perkhidmatan Storan Awam Percuma Terbaik (100GB data simpanan)






Populariti sistem pengkomputeran awan @ cloud storage semakin hari semakin mendapat tempat di hati   pengguna ketika ini.  Sistem pengkomputeran awan @ cloud strorage adalah satu contoh model jaringan  yang menyimpan data-data pengguna secara maya dimana ia di host(dikendalikan) oleh pihak penyedia  perkhidmatan.










Secara amnya, sistem pengkomputeran awan @ cloud storage berfungsi sebagai data sokongan @ backup data atau penyimpanan/penyimpanan data @ share/store data dalam talian internet.  Terdapat banyak penyedia  perkhidmatan sistem pengkomputeran awan @ cloud storage yang menawarkan ruang penyimpanan kepada pengguna.  Antaranya ialah Google drive, Dropbox, Skydrive, Megacloud dan berbagai lagi.  Namun bagi nama-nama yang disebutkan tadi, mereka hanya menawarkan ruang simpanan data yang kecil untuk pengguna versi percuma, selebihnya jika mahukan lebih besar lagi ruang penyimpanan, pengguna perlu membayar sejumlah wang tertentu untuk setiap tambahan ruang penyimpanan data. 


Namun, masih ada juga penyedia perkidmatan Sistem pengkomputeran awan @ cloud strorage yang memperuntukkan sejumlah ruang penyimpanan yang agak besar sebesar 100GB secara PERCUMA!  Setelah diteliti terdapat 2 penyedia perkhidmatan ini yang menawarkan ruang penyimpanan data yang besar (100GB) kepada pengguna, iaitu Shared.com dan Surdoc.com.  Jom kita lihat dengan lebih dekat lagi ciri-ciri yang ditawarkan oleh 2 penyedia perkhidmatan terbaik ini.


Shared.com ialah salah satu penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan @ cloud storage yang semakin mendapat perhatian di kalangan pengguna internet tegar.  Ia menawarkan ruang 100GB data penyimpanan secara percuma. "User interface" ringkas dan mudah diselenggara.  Penyimpanan fail juga semudah "drag and drop".  Bagi pengguna versi percuma, saiz data yang dibenarkan setiap "upload session" adalah 2GB.  Jadi, semakin besar data yang ingin disimpan, maka semakin bertambah lah juga  "upload session" nya.  Klik di sini untuk maklumat lanjut.

1. Proses pendaftaran akaun yang mudah dan pantas.
2. Percuma 100GB data.
3. Kelajuan data muat naik, kongsi dan kemas kini data yang pantas. 
4. Tiada perisian yang diperlukan untuk muat naik data, hanya "drag and drop".
5. Tahap keselematan data lebih terjamin.








Surdoc.com juga salah satu penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan @ cloud storage yang terbaik. Ia memberikan ruang penyimpanan sebesar 100GB untuk tempoh 1 tahun.  Namun,  selepas 1 tahun pengguna hanya perlu memperbaharui@renew akaun free version untuk membolehkan pengguna menggunakan ruang penyimpanannya seperti biasa.   Pihak Surdoc.com juga memberikan ganjaran tambahan ruang penyimpanan data sehingga 1TB secara percuma kepada para penggunanya yang  memperkenalkan perkhidmatan ini kepada keluarga sahabat handai.  Klik disini untuk maklumat lanjut.


1. Proses pendaftaran akaun yang mudah dan pantas.
2. Percuma 100GB data, boleh mencecah sehingga 1TB jika berjaya me"recomment"kan keluarga dan sahabat handai sebagai pengguna baru. 
3. Kelajuan data muat naik, kongsi dan kemas kini data yang pantas. 
4. Percuma servis khidmat pelanggan.












Kesimpulan
Jika anda mencari perkhidmatan cloud storage yang sempoi, terbaik bo bo boy dan "rare".. maka saya mencadangkan kedua-dua jenama di atas.  Bukan sahaja diberi ruang penyimpanan yang besar, malah transfer rate@kelajuan muat naik/turun juga pantas tanpa mengganggu sistem operasi (ram)  laptop/pc anda.  Sekian jumpa lagi di posting yang akan datang.





No comments:

Post a Comment