Pernahkah anda kehilangan peranti pintar(laptop, tablet, handphone)? Sama ada hilang atau dicuri? Pastinya ketika itu, pelbagai perasaan menghantui diri anda. Risau, tertekan dan berbagai-bagai lagi. Dengan pelbagai maklumat penting dan peribadi yang berada dalam peranti pintar tersebut membuatkan anda lebih pening memikirkannya Namun, jangan lah risau, seiring dengan perkembangan masa dan teknologi, terdapat aplikasi yang mampu berfungsi sebagai penjejak peranti pintar anda, walau dimana sahaja ia dibawa pergi.
Jom
kita berkenalan satu perisian yang mampu menjejak peranti pintar anda yang hilang atau dicuri itu. Prey. Prey adalah satu
perisian terbuka @open source yang berfungsi untuk menjejak kembali
peranti yang hilang/dicuri dengan menjejak lokasinya berada. Setelah
memasang/install perisian tersebut, ia beroperasi secara senyap dan
akan menunggu untuk menerima isyarat dari internet untuk menjejak
lokasinya yang dihantar oleh anda. Apabila peranti anda hilang anda
boleh menjejaknya dengan "log in" di laman web Prey walau dimana pun
anda berada dan ia akan menghantar isyarat kepada peranti pintar anda yang hilang itu.
Setalah Prey menerima isyarat dari anda , ia akan memberikan keizinan
kepada anda untuk menggunakan peranti anda secara "remote".

2. Mengambil gambar "orang" yang sedang menggunakan peranti anda menggunakan kamera dalaman peranti anda.
3. "Lock down" peranti anda supaya tidak boleh digunakan lagi.
4. Mengambil gambar "screenshot" pada laptop anda untuk mengetahui informasi berkaitan pengguna baru "laptop" anda. Sebagai contoh, anda dapat "capture" akaun email, akaun facebook yang di log masuk oleh orang lain.
5. "Set off" "aloud alarm" pada laptop anda yang hilang.
6. Memaparkan "alert message" pada skrin laptop anda siap dengan text dan suara anda sekali.
7. Mampu memadamkan semua "passwords" dan "history"
8.Selepas semua langkah di atas, anda boleh terus menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut. Untuk semua ini, anda hanya perlu "install" perisian ini pada laptop anda. Anda boleh klik disini untuk pertanyaan lanjut.
Tutorial untuk Setup Akaun Prey
1. Muat turun perisian Prey. Klik gambar di atas untuk muaturun atau di sini. Saiz fail berukuran 5.51M

2. Selepas muaturun perisian Prey, mulakan "installation". Pada "Prey configurator", klik "Setup Prey account" kemudian klik "New user".
3. Masukkan maklumat anda pada dan klik pada butang "Create" untuk mendaftar Prey akaun anda dan mendaftar peranti anda.
4. Log masuk pada e-mail akaun anda(gmail,yahoo, dsb..) untuk "verify" identiti dengan klik pada "link" yang dihantar oleh pihak admin Prey.
5. Setelah akaun Prey anda di "activate", perisian Prey akan mula berfungsi dan boleh digunakan untuk menjejak peranti anda apabila hilang/dicuri kelak.
6. Untuk menguruskan "tracking settings" yang berkenaan dengan peranti, anda boleh melihat pada "control panel" Prey. "Page" ini membenarkan anda untuk memilih tindakan apakah yang boleh dilaksanakan andainya peranti anda benar-benar hilang.
7. Klik pada butang "Save Changes" selepas selesai membuat tetapan.

#SEKIRANYA PERANTI ANDA BENAR-BENAR HILANG/DICURI,
1.Log masuk pada laman web Prey.
2.Pilih "control panel", tukar status dari "OK" kepada "MISSING".
3.Selepas beberapa minit, anda pihak Prey akan menghantar laporan terperinci berkaitan dengan peranti anda yang hilang/dicuri.
4.Laporan ini akan mengandungi pelbagai maklumat berkaitan dengan peranti anda yang hilang/dicuri.
5.Hubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

No comments:
Post a Comment